Sunday 18 December 2011

Bagaimana hendak me-reka letak photo book? How to custom-made photo book?


Bagaimana hendak me-reka letak photo book ??
Sebelum itu, Salam Sejahtera pada semua yang membaca entri saya.. :-) Kalau dulu, kita ambil gambar dengan kamera juga tapi anda tentunya menggunakan filem seperti kodak, Fujifilm atau sebagainya. Kaedah ini anda terpaksa meghantar ke kedai gambar atau mungkin anda  cetak untuk dimuatkan dalam album. Di zaman era teknologi terkini, sudah tentu anda bertukar kepada kamera yang lebih canggih..kamera digital..semua gambar terhasil dalam bentuk ‘softcopy’.  Anda sudah tentu ingin menyimpan gambar dalam jumlah yang banyak sebelum dicetak. Jadi untuk mengelakkan ia hilang disebabkan virus, anda boleh menghantar ke kedai photo book berhampiran untuk dimuatkan dalam album. siap dengan reka letak dan corak yang anda inginkan..

Bagaimana hendak reka letak photo book anda?? anda nak reka mengikut citarasa anda atau mengikut citarasa si dia atau keluarga yang anda sayangi?? anda ingin menjadikan photo book sebagai hadiah perkahwinan atau hadiah untuk mereka yang telah berjaya mendapat ijazah dalam majlis konvokesyen??..reka sendiri bentuk photo book yang anda inginkan samada bentuk ‘storybook’ atau gambar semata-mata..

Ia sangat menarik jika di tambah dengan pelbagai corak yang anda pilih sebelum ia di cetak..jika anda ketiadaan idea untuk me-reka letak sendiri corak dan rekabentuk yang lebih ekslusif, anda boleh memilih reka bentuk design yang ada di kedai-kedai photo book atau anda rasa lebih mudah berurusan secara online berbanding offline, anda boleh terus membuat tempahan di hujung jari anda pada bila-bila masa..anda berhak memilih. anda ‘deal’ dengan mereka bagi memudahkan urusan tempahan khas untuk anda..Kemudian anda tunggu sahaja dan apabila tempahan anda siap, ia akan dihantar terus ke rumah anda. Senang bukan?? Anda jimat masa, jimat wang, lebih terjamin dan lebih mudah..

No comments:

Post a Comment